Welcome to My Blog. Follow ME ! +

keranamu kirana sofeaku 9
12 March 2011 | 6:48 PM | 0 comments
Daniel sedang memikirkan sesuatu. Kata-kata sahabatnya Johan dan ayahnya semalam banyak mempengaruhi keputusannya untuk mencari seseorang untuk menyamar menjadi cucu datuknya.

“ Macam ni…, kau cari seseorang yang boleh menyamar jadi anak perempuan pakcik Yusri kau. Dalam masa yang sama kau teruskan cari anak pakcik kau yang asli. Bila dah jumpa baru la cerita kebenaran. Sekurang-kurangnya datuk kau tak terus terlantar sakit macam tu. Dah dua tahun kan. Aku sendiri kesian tengok keadaan datuk kau ”. Itu adalah cadangan dari sahabatnya Johan.

" Penyiasat yang ayah upah ada bagi berita baik. Katanya pakcik kamu tu ada berdekatan dengan kita. Pakcik kamu ada seorang anak angkat lelaki. Ayah rasa kita dah semakin hampir dengan pakcik kamu. Ayah yakin kita akan bertemu dengan pakcik kamu tidak lama lagi ”. Itu pula adalah kata-kata dari ayahnya Datuk Islauddin.

Daniel masih belum dapat membuat keputusan. Dia bimbang sekiranya penyiasat yang diupah ayahnya itu hanya memberi satu berita yang palsu. Baginya jika pakcik Yusrinya berada berdekatan dengan mereka masakan masih belum ditemui pakcik Yusrinya itu. Kirana…Nama gadis kecil molek itu bermain dimindanya. Teringat dia akan peristiwa di hadapan pintu masuk airport tadi.

“ Saya nak duit saya ”. Kirana menghulurkan tapak tangannya pada Daniel. Daniel terkejut. Tidak menyangka perempuan itu mengekorinya.

“ Cik… Boleh tak kalau cik tak ganggu hidup saya lagi. Saya menyampah. Cukup-cukupla minta duit kat orang. Saya tahu cik ni memang suka makan rezeki tak halal macam ni kan ”. Dengan garangnya Daniel bersuara.

“ Bagi duit saya dan saya akan pergi. Encik nak kata apa, kata je la. Saya tak kisah pun ”. Walaupun hatinya sedikit sakit dengan kata- kata Daniel ditahan juga kerana dia sememangnya memerlukan duit untuk hidup.

“ Baiklah… ”. Daniel membuka dompetnya dan mengambil beberapa keping not lima puluh ringgit lalu dicampaknya ke muka Kirana. Kirana membeliakkan matanya pada Daniel.

“ Kau nak duit sangat kan. Tu yang berterabur tu kau kutipla. Jangan sampai peminta sedekah yang lain datang kutip nanti. One more thing…, jangan sesekali kau muncul dalam hidup aku lagi ”. Daniel kemudiannya berlalu meninggalkan Kirana yang terkulat-kulat seorang diri di situ. Kirana berasa amat malu. Malu kerana dihina sebegitu.

“ Kau memang lelaki angkuh ”. Kata-kata Kirana didengari Daniel. Daniel memalingkan mukanya pada Kirana dan tersenyum mengejek pada Kirana. Kirana mula geram. Kirana mula merencanakan sesuatu. Tiba-tiba…

“ Darling… ”. Sekuat hatinya Kirana menjerit. Semua orang yang berada di kawasan itu memandang ke arahnya. Daniel turut tidak ketinggalan untuk berpaling untuk melihat gerangan yang menjerit tadi. Daniel terkejut. Kirana menghalakan tanganya kearah dirinya. Daniel tahu sesuatu yang buruk bakal berlaku.

“ Sampai hati darling buat ayang macam ni. Dulu sebelum kahwin apa ayang minta semua darling bagi. Sekarang ni bila ayang minta semua darling campak macam ni ”. Kirana berpura-pura menanggis sambil berlari mendapatkan Daniel yang cuba melarikan diri darinya. Daniel pula kelam-kabut mencari kawasan untuk dia bersembunyi. Nampaknya tindakan Daniel sia-sia sahaja apabila Kirana memeluk kakinya.

“ Woi… Apa ni ? Kau ni nak apa lagi tak cukup lagi ke dengan duit yang aku bagi ”. Daniel berusaha untuk melepaskan diri dari Kirana.

“ Darling… Kenapa buat ayang macam ni ? Dah lupa ke yang ayang sedang kandungkan anak darling ni. Sampai hati darling buat ayang macam ni ”. Kirana tidak mahu mengalah. Dia mahu memalukan Daniel secukupnya.

“ Tolongla… Aku dah lambat. Nanti aku terlepas flight aku ”. Daniel cuba untuk berlembut sikit pada Kirana. Kirana mula tersenyum kemenangan.

“ Kalau itu yang darling nak… Ayang akan pergi jauh dari hidup darling. Selamat tinggal sayangku ”. Kirana kemudiannya berlari dari kawasan airport itu. Sempat lagi dia menjelirkan lidahnya pada Daniel. Daniel mengeluh lega selepas Kirana beredar dari situ. Daniel merasakan seperti di perhatikan. Ye…orang ramai dikawasan airport itu memandangnya. Ada yang berbisik-bisik sesama mereka. Ada yang mengeleng kepala padanya. Daniel malu. Kerana perempuan itu dia menjadi perhatian. Daniel mengeluh. Daniel tersentak dari lamunannya apabila ditegur seseorang.

“ Daniel…, I tak sangka akan jumpa you disini. You nak kemana ni ? ”. Gadis itu kemudiannya mengambil tempat disebelah Daniel yang sememangnya kosong itu. Daniel pula agak terkejut melihat gerangan gadis itu.

“ Shima… ”. Hanya itu sahaja yang diucapkan Daniel.

“ Ye… You ni kenapa ? Tak suka tengok I ke ”. Shima dengan aksi gediknya meliuk manja pada Daniel. Daniel mula rimas. Daniel hanya berdiam diri. Sikit pun dia tidak menoleh pada Shima atau melayan kata-kata Shima. Shima tahu Daniel sememangnya tidak memerlukan dirinya pada saat ini. Shima akhirnya berlalu pergi meninggalkan Daniel. Sempat juga dia melayangkan sekeping kad nama berwarna biru lembut pada Daniel.

“ I tahu you masih marahkan I. Tapi itu tak bermakna you tak sayang I kan. I masih sayang dan cintakan you macam dulu. Lagipun kita tak pernah putus. Cincin tunang yang you bagi ni masih tersarung kemas pada jari I ni. I akan tunggu you Daniel. Bye honey…”. Sempat juga Shima memberi flying kiss pada Daniel. Daniel mengeraskan dirinya. Cuba menyabarkan diri dengan kelakuan Shima itu. Daniel kemudiannya mengeluh lega selepas Shima berlalu pergi.

Older Post | Newer Post