Welcome to My Blog. Follow ME ! +

keranamu kirana sofeaku 8
12 March 2011 | 6:45 PM | 0 comments
Kirana masih mundar-mandir dihadapan Hotel Seri Mahligai. Dia masih mencari jalan bagaimana cara untuk dia memperolehi ganti ruginya. Baginya lelaki itu memang sombong dan kedekut. Kirana memandang kearah pintu utama Hotel Seri Mahligai. Kedua-dua orang security guard yang mengheretnya keluar tadi masih berada disitu. Kirana mendengus marah. Tiba-tiba mata Kirana tertancap pada sekujur tubuh yang baru keluar dari Hotel Seri Mahligai itu. Kirana tersenyum jahat. Kirana berjalan pantas untuk mendekati sekujur tubuh itu. Tiba-tiba Kirana berhenti. Kirana berfikir seketika. Dia tidak mahu rancangannya gagal lagi. Kirana dengan perlahan-lahan menyelinap dari satu pasu bunga ke pasu bunga yang lain secara bersembunyi sehingga dia dapat mendengar bual bicara hamba allah itu.

“ Natasya…, esok saya akan ke Kuala Lumpur. Jadi sebarang temujanji atau apa sahaja yang berkaitan awak tunda minggu hadapan. Saya mungkin lama disana ”. Daniel mengingatkan setiausahanya Natasya.

“ Baik Encik Daniel. Encik Daniel dah terimakan tiket kapal terbang Encik Daniel esok? ”.

“ Ye… Saya dah terima. Ok la Natasya saya balik dulu. Esok pagi saya nak berlepas. Lagipun saya perlu kemaskan barang untuk pergi esok ”. Daniel kemudian berlalu pergi meninggalkan Natasya yang masih berdiri di situ. Kirana yang mendengar perbualan antara Daniel dan setiausahanya Natasya itu mula mendapat akal untuk mengenakan Daniel. Kirana keluar dari tempat persembunyiannya. Dia bersiul kecil dan kemudian berlalu dari kawasan Hotel Seri Mahligai itu.


Johan menyandar lemah di sofa rumahnya. Dia mengeluh perlahan. Johan melihat jam dipergelangan tangannya. Lagi lima minit pukul tujuh petang. Bayang ayahnya masih belum kelihatan. Johan memicit kepalanya sendiri. Dia sendiri tidak tahu bagaimana cara lagi untuk meyatukan keluarganya. Sedang Johan aksyik mengelamun seorang diri Mak temah orang gaji di rumahnya datang menegurnya.

“ Johan… Dah lama kamu balik ? ” Tanya Mak Temah orang gaji Johan.

“ Baru je lagi. Johan penat sangat la Mak Temah ”. Johan memandang wajah Mak Temah.

“ Kamu ada masalah ke Johan ? ” Mak Temah mengambil tempat di sofa bersebelahan Johan.

“ Saya runsing la Mak Temah. Bila semua masalah ni nak selesai. Saya nak sangat jumpa datuk saya. Tapi ayah… ”. Kata-kata Johan mati di situ.

“ Kamu kena sabar Johan. Luka yang datuk kamu tinggalkan pada ayah kamu tu payah nak sembuh. Mak Temah saja yang tahu macam mana ayah kamu tu bertahan untuk hidup lepas dia kehilangan isteri dan anak kembarnya. Kamula satu-satunya semangat untuk dia hidup ”. Mak Temah mula teringat kisah lama.

“ Mak Temah… apa yang sebenarnya datuk buat pada ayah sampai ayah berdendam sangat dengan datuk. Sampaikan saya disuruh bersumpah untuk tidak bertemu dengan datuk. Mak Temah dari dulu lagi saya tanya Mak Temah tapi Mak Temah tak pernah nak bercerita pada saya ”. Mak Temah mula tidak senang duduk.

“ Amanah Johan… Mak Temah dah berjanji dengan seseorang dan Mak Temah akan kekal dengan amanah ini selagi Mak Temah bernyawa ”. Kata-kata Mak Temah itu menyebabkan Johan mendengus marah.

“ Tolong jangan marah Mak Temah. Ini semua untuk kebaikkan kamu semua. Mak Temah harap kamu ikut cakap ayah kamu. Jangan sesekali jumpa datuk kamu ”. Mak Temah bangun dari sofa tersebut dengan niat untuk beredar dari situ.

“ Dalil mana Mak Temah pakai ni. Mak Temah tahukan hukum memutuskan tali silaturahim sesama saudara. Saya rasa…”. Kata-kata Johan dipotong Mak Temah.

“ Bukan Mak Temah yang memutuskan tapi…” Mak Temah menyambung lagi kata-katanya. “ Kamu tanyala ayah kamu. Dia lebih mengetahui segalanya dari Mak Temah ”. Mak Temah yang berlalu pergi dipandang sepi oleh Johan. Johan kemudiaannya bergerak menuju ke biliknya.


Mustika cuba memekakkan telinganya dari mendengar cerita Kirana. Dia marahkan Kirana. Kirana telah memungkiri janji untuk keluar makan bersamanya. Kirana masih terus rancak bercerita. Wajah Mustika yang masam itu tidak diendahkannya. Kirana tahu Mustika marah dengannya. Kirana masih mencari-cari idea untuk menyejukkan hati kawannya itu. Kirana akhirnya mengalah.

“ Ok la…, aku tahu aku salah. Jangan la buat mulut macam itik tu.Tak lawa tau. Nanti abang jambul kecil tu pandang tak comel la ”. Kirana tergelak kecil.

“ Abang jambul kecik mana lak ni ? Pandai-pandai kau je couplekan aku dengan abang jambul kecil kau tu ”. Mustika marah.

“ Kau ni Tika… Tak kan kau dah lupa kot. Kau tak ingat ke lelaki yang bagi kau duit tadi tu ”. Kirana menjongketkan sedikit kening kirinya ala-ala Ziana Zain artis kesayangannya.

“ Kau ni melampau la Tika. Sesuka hati kau je letak nama lelaki tu abang jambul kecil. Dengar kat dia tahula nasib kau ”. Mustika ternyata tidak merestui nama samaran yang diberi Kirana pada lelaki yang di tipunya tadi.

“ Uik… Jadi peguam bela tak berbayar la pula. He he... Kau dah jatuh cinta pandang dua mata ke kat dia… ”. Kirana tergelak kecil.

“ Kirana… ”. Mustika mula mengejar Kirana. Riuh-rendah rumah itu dengan pekikan Mustika dan gelak ketawa Kirana.

Tiba-tiba…

“ Woi… Korang tak reti diam ke. Nanti aku baling bom kat rumah korang baru tau. Aku nak tidur la. Sekali lagi aku dengar suara korang terjerit-jerit malam-malam macam ni, aku panggil tok imam buat khutbah malam pada korang ”. Suara itu kemudiannya tidak kedengaran lagi.

“ Ni kau punya pasal la Kirana. Tak pasal-pasal mamat gendut boroi tu marah”. Mustika menapar lembut tangan Kirana.

“ Ala… Releksla. Dia kan gendut pas tu boroi lak.Kalau kita lari dia tak dapat kejar punya ”. Mustika cepat-cepat menutup mulut Kirana dengan tapak tangannya.

“ Kau ni…, cakap la slow-slow nanti dia dengar. Tapi kan memang betul pun cakap kau tu Kirana ”. Mereka kemudianya ketawa lagi.

Older Post | Newer Post