Welcome to My Blog. Follow ME ! +

keranamu kirana sofeaku 7
12 March 2011 | 6:44 PM | 0 comments
Kirana teragak-agak untuk masuk. Bimbang jika permintaannya tidak dilayan. Dengan lafaz bismillah Kirana mengetuk pintu dihadapannya.

“ Masuk ”. Kirana tahu itu suara Daniel Haiqal. Kirana cuba berlagak tenang. Dengan penuh kelembutan Kirana memulas tombol pintu tersebut dan masuk ke bilik tersebut. Terpegun seketika Kirana melihat keindahan bilik tersebut.

“ Boleh saya bantu Cik. Setiausaha saya kata Cik ada hal penting nak jumpa dengan saya ”. Suara Daniel membuatkan Kirana yang sedang aksyik melihat keindahan bilik tersebut terganggu.

“ Ye…, Encik bagi kad ni pada Doktor Azmi dan Doktor Azmi bagi pada saya”. Kata Kirana sambil menghulurkan kad tersebut pada Daniel. Daniel memehatikan kad tersebut. Mindanya mula berfikir. Akhirnya Daniel bertemu jawapannya.

“ Oh, awak ni perempuan yang pengsan tu ye. Maafla saya terlupa pasal awak.Dudukla. Ada apa awak nak jumpa dengan saya? ” Daniel ligat memikirkan tujuan wanita itu bertandang ke pejabatnya.

“ Saya nak minta ganti rugi ”. Hanya dengan sekali nafas Kirana menyatakan tujuannya datang ke pejabat Daniel.

“ Ganti rugi? Ganti rugi apa? Semua bil rawatan awak saya dah bayar. Apa lagi awak nak ”. Keras sedikit suara Daniel.

“ Ganti rugi sebab encik saya luka macam ni ”. Kata Kirana sambil menujukkan sikunya yang bertampal palster itu.

“ Cik jangan nak memperbodohkan saya. Saya tak buat apa-apa pada cik jadi cik tolong jangan nak mengarut di sini. Cik boleh balik. Kalau Cik nak ganti rugi cik saya cuma boleh bagi dua puluh ringgit sahaja. Tambang cik untuk balik rumah nanti ”. Daniel mencampakkan dua helai not berwarna merah pada Kirana.

“ Kedekutnya. Saya tak peduli saya nak lima ratus ringgit. Saya tak akan beredar selagi saya tak dapat ganti rugi saya ”. Kirana berdegil. Daniel pula sedikit terkejut dengan pemintaan Kirana.

“ Cik…, jangan nak buat lawak di sini ye. Cik boleh pergi sekarang atau saya akan suruh security heret cik keluar dari sini ”. Daniel mula menggugut Kirana.

“ Saya nak ganti rugi juga. Saya tak akan berganjak dari pejabat Encik ”. Kirana masih berkeras. Daniel mula menyampah dengan Kirana. Security dipanggil. Kirana tahu dia akan diheret keluar. Kirana dengan pantas memeluk kuat pada kaki meja yang terdapat di bilik tersebut. Kedua-dua orang security tersebut cuba menarik Kirana. Tetapi Pegangan Kirana yang kuat menyukarkan mereka. Daniel mula geram melihat keadaan tersebut.

“ Kamu berdua tepi. Saya tahu macam mana nak buat perempuan ni keluar ”. Daniel mendekati Kirana. Daniel dengan perlahan-lahan mendekatkan wajahnya pada wajah Kirana. Kirana mula cuak. Lelaki ni nak buat apa pada aku. Tak kanla dia nak cium aku.Hati Kirana mula berkata-kata. Semakin lama semakin dekat. Hembusan nafas Daniel mula menampar pipi gebunya. Kirana mula tidak sedap hati. Semakin lama semakin hampir. Kirana yang agak takut dengan keadaan itu cepat-cepat menutup wajahnya dengan kedua-dua belah tangannya. Saat itu juga kedua-dua security tersebut menarik Kirana dan mengheretnya keluar dari pejabat Daniel dan seterusnya dari hotel tersebut. Kirana menjerit marah pada Daniel

“ Jaga kau lelaki sombong. Aku akan ganggu hidup kau selagi aku tak dapat ganti rugi aku ”. Pekikan Kirana tidak dihiraukan Daniel. Johan yang kebetulan menuju ke bilik Daniel terkejut melihat Kirana berada disitu. Dia kenal akan Kirana. Peristiwa dia berlanggar dengan seorang gadis yang menyebabkan wangnya melayang pergi sebagai ganti rugi.

“ Johan…, kau tak usah pandang perempuan tu. Sewel ”. Daniel menepuk perlahan belakang Johan.

“ Daniel sapa perempuan tu? Apa dia nak datang sini? ”. Johan mengikut Daniel masuk kebiliknya.

“ Nak duit. Dia minta ganti rugi sebab aku bagi siku dia luka ”.

“ kau cederakan anak orang ke Daniel. Kau ni… ”. Kata-kata Johan dipotong Daniel.

“ Bukanla… Kau ingat aku jahat sangat ke. Aku pun tak kenal dia. Masa aku tunggu bas tadi perempuan ni pengsan. Orang ramai kat situ ingat aku suami dia. Terpaksalah aku tolong perempuan tu. Nanti tak pasal-pasal aku kena lanyak pula. Dah la brader- brader kat situ tadi pandang aku semacam je masa aku kata tak kenal perempuan tu ”. Cerita Daniel dengan panjang lebarnya. Johan mengangguk faham.

“Kau ni datang jumpa aku apa hal? “. Daniel bertanyakan tujuan Johan menemuinya.

“Aku nak tanya kau, datuk kau macam mana ? Dah jumpa ke dengan pakcik Yusri kau ”.Soalan Johan itu sedikit pelik pada pendengaran Daniel.

“ Sejak bila pula kau ambil berat pasal datuk aku ni ”. Daniel menyoal Johan kembali.

“ Salahke kalau aku ambil berat pasal datuk kau. Kau kan kawan aku. Senang sama-sama senang la bro. Susah sama-sama susah la bro ”. Johan menyegih pada Daniel.

“ Datuk aku makin teruk. Hari-hari dia sebut nama pakcik aku tu. Aku pun tak tahu nak cari mana lagi. Doktor ada cakap yang keadaanya akan jadi makin teruk lagi kalau dia terus macam tu. Aku dah usaha macam-macam. Dah tak da rezeki. Kalau dapat jumpa anak pakcik Yusri pun jadila ”. Johan mengangguk faham pada Daniel.

“ Apa maksud kau anak pakcik Yusri ? Kenapa tak cari pakcik Yusri je ? ” Soal Johan.

“ Penyiasat yang bapa aku upah ada cakap yang pakcik Yusri dah meniggal. Anak perempuan dia sahaja yang tinggal. Itupun diserahkan pada keluarga angkat. Kami ada cari tapi kelurga yang dimaksudkan tu dah tak tinggal kat kawasan tu. Jadi kami belum jumpa apa-apa la ”. Johan memandang sahabatnya. Dia faham akan apa yang dilalui Daniel. Tetapi dia tidak dapat menolong.

“ Daniel aku tak pasti apa yang aku nak cakap ni kau akan dengar atau tak. Tapi apa kata kau upah seseorang menyamar jadi anak pakcik Yusri. Sekurang-kurangnya datuk kau tak da la merana sangat. Kalau ditakdirkan dia pergi… mungkin dia boleh pergi dengan hati yang tenteram ”. Kata-kata Johan itu agak mengejutkan Daniel.

“ Aku tak sanggup nak tipu datuk aku. Aku sayang dia. Kalau dia tahu macam mana. Mana aku nak cari cucu yang ada iras-iras wajah pakcik Yusri. Aku tak sanggup Johan ”.

“Aku cuma bagi cadangan je. Aku tak suruh kau ikut. Tapi hanya cara itu saja datuk kau mungkin akan sembuh. Manala kita tahu kan. Tak cuba kita tak tahu ”. Johan masih mencuba sekiranya Daniel akan bersetuju dengan ideanya.

“ Mungkin cara kau tu datuk aku boleh sembuh. Tapi kalau satu hari nanti dia dapat tahu. Aku tak dapat bayangkan apa yang bakal berlaku masa tu ”. Daniel menyatakan kerisauannya.

“ Macam ni…, kau cari seseorang yang boleh menyamar jadi anak perempuan pakcik Yusri kau. Dalam masa yang sama kau teruskan cari anak pakcik kau yang asli. Bila dah jumpa baru la cerita kebenaran. Sekurang-kurangnya datuk kau tak terus terlantar sakit macam tu. Dah dua tahun kan. Aku sendiri kesian tengok keadaan datuk kau ”. Kata-kata Johan itu ada gunanya juga pada Daniel.

“ Mungkin aku boleh buat macam tu. Tapi sapa yang aku nak upah. Kau kenal datuk aku. Bukan senang nak tipu dia ”. Daniel seperti mula setuju dengan rancangan Johan.

“ Kau ingat tak perempuan tadi tu. Aku tengok muka dia ada iras pakcik Yusri kau. Lagipun kalau kau nak tahu aku dah pernah kena tipu dengan perempuan tu. Aku rasa dia sesuaila. Dia perlukan duit. Kau ada duit. Kau upahla dia ”. Daniel kelihatan seperti memikirkan sesuatu. Mungkinkah perempuan yang dimaksudkan Johan tadi adalah calon sesuai untuk berlakon sebagai anak pakciknya. Daniel perlu mempertimbangkan cadangan ini sewajarnya. Tidak mahu mengalami kesusahan pada kemudian hari.

Older Post | Newer Post