Welcome to My Blog. Follow ME ! +

keranamu kirana sofeaku 6
12 March 2011 | 6:42 PM | 0 comments
Sudah hampir tiga jam Kirana menunggu disitu. Semua orang yang lalu lalang disitu aksyik memerhatikannya. Sudah berkali-kali Natasya setiausaha kepada Daniel menyuruhnya pulang tetapi Kirana tetap berdegil. Kirana seperti melekat pada sofa yang berwarna biru muda itu. Sempat lagi Kirana mengelamun seorang diri diatas sofa itu sehinggakan dia terlena di situ.


Daniel berdiri dihadapan hotel milik keluarganya itu. Teringat dia akan kehadiran seorang wanita yang sedang menunggunya.Daniel berharap wanita itu sudah bosan menunggunya dan telah pulang kerumah. Daniel bersiul-siul kecil menuju ke pejabatnya. Siulan Daniel terhenti apabila pandangannya tertancap pada sekujur tubuh yang sedang lena dibuai mimpi indah di atas sofa milik hotelnya itu. Kelihatan ada air liur yang meleleh keluar dari mulut pemimpi indah itu. Daniel menggelengkan kepalanya. Sedikit geli melihat aksi tersebut. Tiba-tiba Nastasya setiausahanya datang menghampirinya.

“ Encik Daniel, ni perempuan yang nak jumpa Encik Daniel tadi ”. Kata Natasya sambil menundingkan jarinya pada sekujur tubuh yang sedang lena itu.

“ Ini ke perempuan yang awak maksudkan. Macam tak betul je. Boleh pula dia tidur macam tu di kawasan terbuka macam ni ”. Daniel memandang pelik pada perempuan itu.

“ Dia tak gila Encik Daniel. Saya yang nak jadi gila layan dia adala ”.

“ Awak kejutkan dia. Suruh dia masuk bilik saya. Pastikan tak ada air liur basi pada mulut dia. Saya geli la. Satu lagi…, suruh security stanby kat luar bilik saya. Risau juga kalau dia mengamuk nanti ”. Daniel terus masuk ke pejabatnya.


Kirana merasakan seperti ada seserorang yang menghulurkan tangan padanya. Kirana cuba mencapai tangan tersebut. Kirana berjaya mencapainya. Wajah pada empunya tangan tersebut tidak dapat dilihatnya. Kabus yang tebal menyukarkan pandangannya. Kirana ditarik kesatu tempat. Semakin lama semakin hilang kabus itu. Semakin lama semakin jelas wajah empunya tangan tersebut. Kabus yang semakin menghilang itu akhirnya menampakkan wajah empunya tangan tersebut. Kirana tersentak. Itu adalah lelaki miang ala keldai yang ditipunya. Kirana cuba melarikan diri. Hampa. Kirana diheret ke satu tempat. Di situ terdapat ramai orang. Pakaiannya sudah bertukar. Pakaian pengantin. Apakah semua ini? Kirana menjerit sekuat hatinya.


Natasya sedikit cuak apabila mendengar jeritan Kirana. Mungkin betul kata Encik Daniel. Perempuan ni gila. Kata Natasya didalam hatinya. Natasya mendekati Kirana. Kirana masih meracau-racau. Natasya memegang bahu Kirana dan mengoncang lembut. Tiada apa-apa kesan. Sekali lagi Natasya mencuba. Sama. Natasya mula menyampah. Natasya yang sudah geram dengan selambanya menarik Kirana. Ini menyebabkan Kirana jatuh bergolek dari sofa mencium lantai. Kirana terjerit kecil. Baru tersedar dari mimpi ngerinya. Natasya memandang sinis pada Kirana.

“ Kau ni cantik tapi perangai macam ayam katik. Kau tak reti kejut elok-elok ke. Tak pasal-pasal aku bagi pipi merah pada kau nanti ”. Kirana bangun dan membetulkan bajunya.

“ Bos aku dah sampai. Dia ada kat dalam. Kau boleh masuk jumpa dia sekarang ”. Dengan sombongnya Natasya berkata-kata. Kirana mula meluat. Kirana terus berjalan menuju ke bilik yang tertera nama Daniel Haiqal itu. Natasya tidak dihiraukannya lagi. Misinya hanya satu. Duit. Dia perlukan duit kerana rumah sewanya masih belum berbayar lagi.

Older Post | Newer Post