Welcome to My Blog. Follow ME ! +

keranamu kirana sofeaku 5
12 March 2011 | 6:40 PM | 0 comments
Datin Zarina membuka pintu bilik Datuk Tajuddin dengan perlahan-lahan. Sayu hatinya melihat keadaan Datuk Ahmad Tajuddin. Seperti anaknya Daniel, dia amat menyayangi Datuk Ahmad Tajuddin seperti bapa kandungnya sendiri. Peristiwa yang sudah hampir 25 tahun itu kembali menjengah mindanya.

“ Kalau kamu rasa perempuan itu lebih baik dari sepupu kamu sendiri, kamu boleh teruskan niat kamu. Tetapi satu perkara yang harus kamu ingat. Selangkah kamu keluar dari rumah ini dengan perempuan itu, kamu bukan anak ayah lagi. Pilihan pada kamu Yusri ”. Kata-kata Datuk Ahmad Tajuddin umpama halilintar yang membelah hati Yusri. Dia tidak rela untuk berkahwin dengan sepupunya sendiri kerana dia amat menyintai Shahila.

“ Yusri tetap dengan keputusan Yusri. Yusri akan berkahwin hanya dengan Shahila. Lagipun Yusri dah berjanji dengan Shahila. Dia dah tak da sesiapa ayah. Yusri je harapan dia sekarang ”. Yusri memandang Zarina. Zarina kelihatan mengesat air matanya.

“ Ayah…, Ina tak kisah kalau abang Yusri kahwin dengan Shahila. Jangan sebab perkara kecil macam ni ayah dengan abang Yusri putus saudara ”. Zarina cuba untuk menjernihkan keadaan. Walaupun dia sememangnya amat mencintai Yusri namun dia tidak rela memaksa Yusri berkahwin dengannya. Yusri tidak mencintainya. Yusri hanya mencintai Shahila.

“ Ayah tahu kamu cintakan Yusri. Ayah tak akan sesekali terima Shahila sebagai menantu ayah. Menantu ayah hanya satu iaitu kamu Zarina ”. Datuk Ahmad Tajuddin memalingkan mukanya dari wajah Yusri.

“ Yusri akan keluar ayah. Sampai bila pun Yusri tak akan kembali ke rumah ayah ni. Ayah sendiri yang nak memutuskan hubungan kita. Yusri pergi ayah. Zarina tolong jaga ayah. Abang tak akan kembali. Abang tak sanggup mengecewakan Ila. Abang harap Zarina faham ”. Yusri terus beredar dari situ tanpa menoleh kebelakang lagi. Semenjak dari hari itu tiada satu pun berita yang diterima mereka dari Yusri. Kerana terlalu rindu akan anaknya Datuk Ahmad Tajuddin jatuh sakit. Permintaan Datuk hanya satu. Ingin bertemu dengan anaknya Yusri sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

“ Ina… ”. Suara Datuk Ahmad Tajuddin mematikan memori yang bermain di minda Datin Zarina. Datin Zarina mengesat air matanya.

“ Ye ayah…, ni Ina bawakan bubur dengan sup ayam untuk ayah. Dari pagi ayah tak makan kan? ”. Datin Zarina mendekati bapa saudaranya.

“ Ayah tak lalu nak makan. Ayah nak jumpa Yusri. Ayah menyesal Ina. Kalaulah ayah…, ”. Datuk Ahmad Tajuddin tersak kecil. Cepat-cepat Datin Zarina menenangkan bapa saudaranya itu.

“ Ayah sudahla… Ayah jangan risau. Daniel tak pernah berhenti cari abang Yusri. Ina pasti kita akan jumpa abang Yusri juga ”. Datin Zarina mengusap belakang bapa saudaranya perlahan.

“ Kalau tak ada kamu tak tahu la apa jadi dengan ayah. Kamu tetap jaga ayah walaupun ayah hanya bapa saudara kamu. Terima kasih Ina ”. Tangan Datin Zarina diraihnya lalu digengam kemas.

“ Ayah…, Ina sayangkan ayah. Ayah dah banyak bantu Ina. Kerana ayahla Ina dapat merasa kasih saying dari seorang ayah. Ina bersyukur sangat dikurniakan seorang ayah yang penyayang macam ayah. Ayah makan ye. Jap lagi abang Is balik. Abang Is kata ada berita baik nak bagi tahu ayah ”. Datin Zarina cuba menceriakan suasana yang agak muram tadi.

“ Tak ada berita yang lebih mengembirakan ayah selain abang Yusri kamu balik kerumah ni dan memaafkan segala perbuatan ayah padanya. Ayah berdosa sangat pada dia Ina. Ayah dah lakukan sesuatu yang tak mungkin abang Yusri kamu maafkan ayah ”. Datuk Ahmad Tajuddin memandang wajah Datin Zarina.

“ Apa maksud ayah…? ” Pertanyaan Datin Zarina tergantung disitu apabila suaminya Datuk Islauddin masuk kebilik Datuk Ahmad Tajuddin dengan berita yang amat mengembirakan.

Older Post | Newer Post