Welcome to My Blog. Follow ME ! +

keranamu kirana sofeaku 4
12 March 2011 | 6:34 PM | 0 comments
Kirana mencelikkan sedikit matanya. Dia tidak pengsan sebenarnya. Dia hanya berlakon sahaja. Dia mahu mengenakan lelaki sombong berkot hitam itu. Kirana membuka matanya perlahan-lahan. Hanya dia sahaja yang berada didalam bilik rawatan itu. Bunyi kuakan pintu membuatkan Kirana kembali pura-pura pengsan.

“ Sudahla Kirana. Lelaki tu dah balik dah. Saya tahu awak tipu lelaki tu kan ”. Doktor itu tersenyum melihat reaksi Kirana. Kirana masih tidak mahu sedar dari pengsan palsunya itu.

“ Baiklah…,kalau macam tu terpaksa la saya bagi suntikan sikit pada awak Kirana. Takut demam pula nanti kan ”. Sebaik mendengar ayat itu dari mulut doktor, Kirana terus berpura-pura sedar dari pengsannya. Doktor hanya mengelengkan kepalanya. Sudah masak dengan perangai Kirana.

“ Saya… saya kat mana ni doktor ? ”. Kirana masih mahu berlakon.

“ Sudahla Kirana. Tak perlu nak berlakon lagi. Tak kan dapat award dari anugerah skrin pun. Kirana… Kirana…, apa nak jadi dengan awak ni. Selalu saja tipu orang. Tak takut masuk neraka ke ”. Doktor bertukar menjadi ustaz la pula.

“ Ala doktor …, jangan la nak ceramah kat saya. Dah saya minta kerja tak dapat, terpaksala buat kerja macam ni demi sesuap nasi. Lagipun saya tipu orang yang jahat juga. Orang baik macam doktor ni saya tak tipu ”. Kirana tersengih-sengih pada doktor.

“ Tak payah kerja kirana. Jadi isteri saya. Hari-hari saya boleh bagi sesuap nasi pada awak, nak saya tolong suapkan sekali pun boleh ”. Kata-kata doktor itu membuatkan Kirana mula mahu termuntah.

“ E…, dari saya kahwin ngan doktor baik saya jadi janda terus. Tak mau la doktor. Suami kerja doktor tak best. Tak romantik ”. Kirana turun dari katil pemeriksaan.

“ Amboi…, sedapnya awak cakap saya macam tu. Tapi tak apa. Tawaran saya ni terbuka pada awak seorang sahaja. Bila dah ready nanti bagitahu la. Boleh saya masuk meminang ”. Doktor itu menjungkit sedikit keningnya pada Kirana. Kirana mencebikkan bibirnya tanda meluat. Tiba-tiba perbualan mereka terganggu dengan kehadiran seorang jururarawat.

“ Maaf Doktor Azmi, ada pesakit pengsan kat depan kaunter ”. Jururawat itu kelihatan sedikit gelisah.

“ Baiklah…, kita ke sana sekarang ”. Dotor Azmi dan jururawat itu terus menuju ke bahagian kaunter tetapi sempat juga dotor itu memberikan sekeping kad nama warna gold pada Kirana. Kirana memandang Doktor Azmi pelik.

“ Itu kad nama orang yang hantar awak tadi. Dia suruh saya beri pada awak”. Seakan memahami apa yang bermain di fikiran Kirana, Doktor Azmi tersenyum dan terus berlalu. Kirana membelek kad nama yang diberi Doktor Azmi.

Fuyoo…, Pengarah Hotel Sri Mahligai rupanya. Hmm…, Ahmad Daniel Haiqal. Menarik ni. Aku dapat pancing ikan besar kali ini. Apa kata kalau aku…, he he he… yahoo… ”. Jeritan kirana terdengar hingga keluar bilik pemeriksaan. Seorang jururawat masuk kebilik tersebut dan meletakkan jari telunjuknya di bibirnya tanda supaya Kirana tidak membuat bising. Kirana menyedari keterlanjurannya lalu meminta maaf. Kirana kemudiannya beredar dari klinik tersebut menuju ke rumahnya.


Daniel menarik nafas lega. Terlepas juga dia dari minah sewel itu. Dia sendiri pelik. Wujud juga perempuan yang tidak kenal erti malu itu. Dia berharap perempuan itu tidak akan menganggu dia lagi. Daniel meletakkan beg kerjanya di atas sebuah meja kecil berbentuk bulat buatan dari Perancis itu. Dia kemudiannya bergerak menuju ke bilik datuknya. Pintu bilik dikuakkan sedikit. Melihat keadaan datuknya yang tidak bermaya itu membuatkan dirinya menjadi serba salah. Permintaan datuknya masih belum dapat dipenuhinya. Setiap kali Daniel melawat datuknya pasti dia akan melihat wajah yang penuh pengharapan itu. Harapan yang tidak pasti akan tertunai atau tidak sebelum datuknya menghembuskan nafas yang terakhir. Perkataan menyesal tidak pernah lekang dari bibir datuknya. Namun apa dayanya. Telah dicuba pelbagai cara untuk memenuhi hajat datuknya itu tetapi hampa. Daniel mendekati datuknya. Perlahan-lahan Daniel melabuhkan punggungnya di birai katil. Menyedari seperti ada seseorang dibiliknya Datuk Ahmad Tajuddin membuka matanya sedikit.

“ Daniel…, dah jumpa ke? ”. Datuk Ahmad Tajuddin cuba untuk bangun dari posisi baringnya. Badannya berasa lenguh kerana sejak jatuh sakit dia hanya berbaring di katil itu.

“ Maafkan Daniel atuk…, Daniel belum jumpa sesiapa pun yang kenal dengan pakcik Yusri. Atuk bersabar ye. Daniel tak akan berhenti cari pakcik Yusri. Esok Daniel nak pergi Kuala Lumpur. Daniel nak upah penyiasat lain cari pakcik Yusri. Atuk rehat dulu ye. Daniel keluar jumpa ibu dulu ”. Daniel tidak mahu lama disitu. Melihat riak kekecewaan datuknya menambahkan kesedihan dihatinya. Dia amat menyayangi datuknya itu. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk memenuhi kehendak datuknya itu. Daniel berlalu keluar dari bilik datuknya. Baru saja beberapa langkah Daniel meninggalkan bilik datuknya telefon bimbitnya berbunyi.

“ Assalamualaikum… ” Daniel menberi salam kepada pemanggil yang dikenalinya itu.

“ Waalaikumusalam. Maaf Encik Daniel, Ada seorang perempuan nak berjumpa dengan Encik Daniel ”.

“ Perempuan? Saya ada temujanji dengan perempuan tu ke? ”. Kalau tak ada sebarang temujanji, awak suruh saja perempuan tu balik ”. Daniel memberi arahan pada setiausahanya Natasya.

“ Perempuan ni memang tak ada temujanji dengan Encik Daniel. Saya dah suruh dia buat temujanji esok untuk jumpa Encik Daniel tapi dia degil. Security pun dah saya panggil. Dia tetap nak jumpa Encik Daniel. Dia kata ada hal antara hidup dan mati ”. Natasya menceritakan akan masalah yang sedang dihadapinya.

“ Macam ni…, awak cakap je pada perempuan tu kalau dia sanggup tunggu sampai saya habis mesyuarat baru dia boleh jumpa saya. Kalau tak sanggup suruh je datang esok, tapi kalau tak datang lagi bagus ”. Bunyinya agak kasar tatapi Daniel sememangnya malas mahu berjumpa dengan perempuan yang tidak diketahui gerangannya itu.

“ Err…, Encik Daniel nak saya cakap macam tu ke. Saya takutla Encik Daniel. Perempuan tu pelik sikitla. Pakaian macam badut ”.

“ Awak ni Tasya…, pandai-pandai awak la ye. Saya dah lambat ni. Habis mesyuarat saya akan kesana. Saya nak habiskan kerja saya sebelum saya ke Kuala Lumpur esok. Ok Tasya… Assalamualaikum ”. Belum sempat Natasya menjawab salamnya Daniel terus menekan butang berwarna merah ditelefon bimbitnya. Daniel melihat jam di pergelangan tangannya. Dia harus segera bertolak ke Hotel Damaisara untuk bermesyuarat disana. Sapaan dari ibunya mematikan langkahnya.

“ Nak kemana pula tu Daniel ”. Ibunya Datin Zarina menyapa anak bujangnya itu.

“ Saya ada mesyuaratla ibu. Daniel pergi dulu ye. Nanti malam kita makan sama. Assalamualaikum ibu ”. Daniel menghulurkan tangan untuk menyalami ibunya. Datin Zarina menyambut huluran anaknya itu. Dia kemudiannya bergerak menuju ke bilik bapa saudaranya Datuk Ahmad Tajuddin.

Older Post | Newer Post