Welcome to My Blog. Follow ME ! +

keranamu kirana sofeaku 3
12 March 2011 | 6:30 PM | 0 comments
Kirana berada di perhentian bas seorang diri. Mustika pula entah kemana. Berjoli rasanya. Dengan lima ratus ringgit yang diperolehi dari lelaki bernama Johan itu, nampaknya Mustika berjoli sakan la hari ini. Kirana diajaknya tetapi sahabatnya itu mahu pulang kerana letih berlari-lari di pasar tadi. Kirana membelek jam tangannya. Hampir setengah jam dia menunggu bas tetapi belum ada lagi yang tiba. Kelihatan ramai juga orang yang menunggu bas. Matanya menghala pada seorang lelaki. Pakaian macam tokoh koperat. Kasut berkilat. Beg yang dipegang pula macam beg yang orang bawa banyak duit dalam filem tu. Kira dari atas sampai bawah macam orang kaya aje. Orang kaya mana ada naik bas. Kirana mencari-cari jawapan kepada pertanyaannya sendiri. Bunyi hon bas menyedarkan Kirana yang sedari tadi leka memerhatikan lelaki berkot hitam itu. Kirana bergegas untuk menaiki bas. Terlalu ramai orang menyebabkan Kirana terpaksa berebut-rebut uuntuk menaiki bas tersebut. Belum sempat Kirana menjejakkan kakinya ke tangga untuk menaiki bas, dirinya seperti ditolak sedikit dan menyebabkannya jatuh tertiarap di atas tar jalan. Kirana menjerit kecil tapi tidak dihiraukan sesiapa. Masing-masing sibuk berebut-rebut untuk menaiki bas. Pandangan Kirana tajam memandang pada lelaki yang dirasakan menolaknya itu. Lelaki itu masih cuba untuk meloloskan diri kedalam perut bas. Kirana Bangun dan mendekati lelaki itu. Malang sekali dengan secara tidak sengaja siku lelaki itu terkena tepat pada perutnya dan menyebabkan kirana jatuh terduduk sekali lagi. Kali Ini Kirana meraung dengan kuat. Lelaki itu menoleh seketika. Reaksi wajahnya seperti tidak tahu menahu akan apa yang telah terjadi. Lelaki itu kembali ke kerja asalnya untuk berebut menaiki bas. Kirana geram. Dengan secara spontannya Kirana terus merebahkan dirinya. Pemandu bas yang ternampak Kirana terbaring kaku seperti tidak sedarkan diri itu lantas turun dari tempat pemanduannya dan mendekati Kirana. 

“ Budak ni pengsan la ”. Pemandu bas berkata pada orang ramai yang mengerumuni Kirana itu.

“ Cuaca panas sangat kot, tu yang pengsan tu. Ambil air ni renjis kat muka dia ”. Kedengaran suara seorang perempuan berkata-kata pula. Kirana membuka matanya sedikit. Ramainya orang. Sebaik sahaja titis-titis air mengenai wajahnya, Kirana berpura-pura sedarkan diri.

“ Oh…, mana suami saya. Dia tak boleh pegi. Saya sayangkan dia ”. Kirana sudah mula membuka kamus pembohongan sekali lagi.

“ Siapa suami adik ? Adik pengsan tadi ni ”. Seorang perempuan cuba membantu Kirana bangun. Kawasan perhentian bas itu menjadi sesak dengan perbuatan palsu Kirana itu.

“ Tu…, yang kat dalam bas tu suami saya. Dia tolak saya sampai jatuh. Dia nak tinggalkan saya. Kak tolong tahan dia. Jangan bagi dia pergi ”. Kirana menunjuk kea rah lelaki yang sedang menunggu di atas bas itu. Lelaki itu kelihatan aksyik melihat jam tangannya. Mungkin sudah lewat agaknya.

“ Adik tunggu sini. Biar abang pergi panggil suami adik tu ”. Pemandu bas itu menaiki basnya dan mengheret lelaki itu kepada Kirana. Lelaki itu terpinga-pinga.

“ Apa punya lelaki…, memalukan kaum sejenis jer. Ada isteri lawa macam ni nak ditinggalkan ”. Pemandu bas itu kemudiannya kembali ke basnya dan meneruskan pemanduannya yang tergendala tadi.


Lelaki itu masih terpinga-pinga. Dia sendiri tidak kenal akan perempuan yang dimaksudkan oleh pemandu bas itu. Orang ramai memandangnya seperti dia melakukan kesalahan yang besar. Tanpa mempedulikan perempuan yang berada dihadapannya itu, lelaki itu berpaling dan berniat untuk menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu di perhentian bas itu. Tiba-tiba lelaki itu merasaka seperti ada seseorang memeluknya dari belakang.
“ Woi apa ni ? buang tebiat ke kau ni peluk aku depan orang ramai ni ”. Lelaki itu sedikit marah dengan perbuatan perempuan itu.

“ Abang sampai hati abang buat Kirana macam ni. Abang dah lupa ke janji abang dengan keluarga Kirana ”. Kirana menanggis teresak-esak di situ. Lelaki itu berasa malu. Dia sememangnya tidak mengenali gadis bernama Kirana itu. Lelaki itu bergerak menjauhi Kirana. Kirana yang menyedari lelaki itu seakan ingin melarikan diri darinya terus mengejar lelaki itu. Berlaku adegan tarik-menarik dan tolak-menolak antara Kirana dan lelaki berkot hitam itu. Orang ramai yang menyaksikan adegan tersebut menggelengkan kepala. Tanpa tidak disengajakan lelaki itu menolak Kirana dan Kirana yang tidak dapat mengimbangi dirinya dari tolakan itu jatuh betul-betul di atas jalan raya. Dalam pada masa yang sama sebuah lori treler menekan hon dengan bunyi yang kuat. Kirana terkejut melihat lori itu sedang menghala ke arahnya. Lelaki itu juga panik melihat keadaan Kirana yang mungkin akan digilis oleh lori treler itu hingga hancur. Dengan segala kudrat yang ada lelaki itu menarik Kirana dan Kirana jatuh menindih di atas badannya. Kirana pengsan. Terpaksalah lelaki itu membawa Kirana ke klinik berdekatan.

Older Post | Newer Post