Welcome to My Blog. Follow ME ! +

keranamu kirana sofeaku 2
12 March 2011 | 6:10 PM | 0 comments
“ Ah…, Berjaya juga dia lari. Aku dapat kau Kirana, aku sembelih kau macam kambing ”. Lelaki itu mendengus marah. Kirana telah hilang walaupun Kirana sebenarnya berada berdekatan dengannya.

“ Gulp ”. Kirana menelan air liurnya. Dia telah tersalah memilih orang untuk ditipu kali ini.

“ Macam mana ni. Perempuan tu dah lari. Sapa nak bayar ganti rugi kedai saya tadi. Encik kena bayar juga ”. Kedengaran suara seorang lelaki berkata-kata.

“ Bukan aku yang rosakkan kedai kau. Perempuan sial tu yang buat semua itu. Kau nak minta ganti rugi, kau pergi minta kat dia ”. Dengan sombongnya lelaki yang ditipu Kirana itu berkata-kata.

“ Aku tak peduli aku nak ganti rugi aku tu. Kalau tak aku tak akan sekali kali lepaskan kau. Kau nampak dua orang tu. Lebam biji mata kau mereka kerjakan nanti ”.

“Gulp ”. Lelaki itu pula menelan air liurnya. Melihat kearah dua orang lelaki yang ditunjukkan oleh tuan kedai. Sasa macam Body Builder. Memang boleh deman sebulan kalau kena penumbuk dua orang lelaki itu. Tidak mahu matanya lebam macam mata panda dia bersetuju membayar ganti rugi pada tuan kedai ikan itu. Di dalam hatinya menyimpan seribu dendam pada Kirana. Selesai membayar ganti rugi, mereka semua beredar dari situ. Kirana menarik nafas lega.

“ Woi kau ni sapa ”. Perempuan buta itu bersuara.

“ Er…er…saya tumpang rehat jap makcik ”. Kirana berkira-kira mau beredar dari situ. Perempuan tua itu pantas memegang tangannya.

“ Eh…, apa ni makcik ? sakit la ”. Kirana mcuba menarik tangannya dari genggaman perempuan tua itu.

“ Kau kena bagi aku sepuluh ringgit. Kalau tak, aku jerit panggil lelaki-lelaki tadi ”. Perempuan tua itu memandang Kirana. Kirana tersentak. Perempuan tua itu tidak buta rupanya. Takut dengan ugutan perempuan tua itu, Kirana terpaksa mengeluarkan wang kertas berwarna merah itu lantas dihulurkan pada perempuan tua itu. Perempuan itu tersenggih padanya. Tangan Kirana dilepaskannya sebaik sahaja wang kertas berwarna merah itu bertukar tangan. Kirana tidak menunggu lagi, terus berlalu dari situ menuju ke perhentian bas yang berdekatan.


Sudah sepuluh kali Mustika cuba menghubungi sahabatnya itu. Tetapi hampa. Mustika mengeluh lemah. Sudah hampir satu jam dia menunggu keseorang di situ. Kirana telah berjanji dengannya untuk sama-sama keluar mencari kerja, tetapi hingga ke saat ini Kirana masih belum tiba. Itulah Kirana, seorang gadis yang pandai membuat janji tapi sukar untuk mengotakannya. Akhirnya Mustika mengalah. Mustika menghantar mesej ringkas melalui telefon bimbitnya kepada Kirana. Selesai membuat pembayaran Mustika berlalu dari restoran tersebut. Tiba-tiba dengan secara tidak sengaja seorang lelaki telah melanggar Mustika dan secara spontannya air kopi yang berada di tangan lelaki itu tercurah ke baju yang dipakai Mustika. Mustika menjerit kepanasan. Beberapa orang lelaki disitu mentertawakannya.

“ Er…, minta maaf Cik… saya tak sengaja. Saya…, ”. Belum sempat lelaki itu habis berkata-kata, Mustika dengan garangnya memintas kata-kata lelaki itu.

“ Apa minta maaf. Kau dah mandikan aku dengan air hitam ni. Siap bagi kulit aku rasa perit lagi, Kau nak minta maaf jer. Kau tau tak aku malu. Aku tak peduli aku nak kau bayar ganti rugi. Baju aku ni mahal. Bukan macam baju kau. Aku tak kira aku nak kau bayar ganti rugi ”. Mustika memandang tajam wajah lelaki itu.

“ Ye la… ye la… Saya bayar ganti rugi kat Cik. Tapi boleh saya tahu nama Cik”. Lelaki itu cuba menenangkan keadaan. Malu juga dia dengan orang disekeliling restoran itu.

“ Yang kau nak tahu nama aku apasal. Aku nak ganti rugi. Mana duitnya ”. Mustika menghulurkan tangannya meminta ganti ruginya.

“ Saya Johan, cik…? ”. Huluran tangan Mustika disambut dengan memperkenalkan dirinya. Mustika terkejut.

“ Kau jangan nak ambil kesempatan ya. Nanti aku jerit kata kau raba aku. Cepatla aku nak kena balik ni. Banyak lagi butik aku kat luar sana tu untuk aku gi melawat ”. Mustika berbohong. Butik, ha ha ha. Baju yang dipakai pun dibeli dari pasar malam. Inikan pula ada butik sendiri. Mustika ketawa di dalam hati. Nampaknya ada lagi yang terkena.

“ Boleh saya tahu, dimana butik CIk ”. Lelaki itu masih belum menbayar ganti rugi pada Mustika.

“ O… Kau degil yer. Baik. Kau jangan salahkan aku yer ”. Mustika bersedia untuk melontarkan suaranya namun lelaki itu dengan pantas menutup mulut Mustika dengan tangannya. Mustika tersentak. Mata bertemu mata. Seakan kedengaran melodi lagu cinta yang indah antara mereka berdua. Kedua-duanya seakan-akan terpaku di situ. Sehinggalah suara seseorang mengembalikan mereka ke dunia yang nyata.

“ Korang berdua ni kenapa. Dah jatuh cinta ke. Kau ni sapa ? Kau buat apa dengan kawan aku ni ? ”. Kirana bercekak pinggang sambil mulutnya membebel pada lelaki itu.

“ Tika…, kenapa ni ? Cuba kau cerita kat aku. Apa lelaki fius terbakar ni buat kat kau. Biar aku uli otak dia sampai jadi kuih bom ”. Kirana mengepal -ngepal penumbuknya diadapan lelaki itu.

“ Kau tengok baju mahal aku ni, lelaki ni dah rosakkan. Aku minta ganti rugi tapi dia tak mau bayar ”. Mustika mengenyit matanya pada Kirana. Tahula Kirana yang Mustika mahu kenakan lelaki ini.

“ Woi…, yang kau diam ni kenapa ? Bayar la. Nanti aku ketuk ngan pasu ni baru bengkak mata tu ”. Kirana hairan melihat lelaki itu. Lelaki itu tidak berkata apa-apa sebaliknya merenung dirinya. Kirana geram. Dengan selambanya Kirana memijak kaki lelaki itu. Apa lagi menjerit la lelaki itu kesakitan.

“ Tahu pun sakit. Sekarang aku nak kau bayar ganti rugi kawan aku ni atau kau nak aku pijak kaki kau yang sebelah lagi tu ”. Kirana berlagak seperti samseng. Mustika hanya menunggu ganti ruginya. Bimbang dikerjakan Kirana, lelaki itu mengeluarkan beberapa keping wang lima puluh ringgit lalu dihulurkan pada Mustika. Tanpa mengucapkan terima kasih Kirana dan Mustika terus berlalu meninggalkan lelaki itu yang berada di dalam seribu pertanyaan itu.

Older Post | Newer Post