Welcome to My Blog. Follow ME ! +

keranamu kirana sofeaku 11
12 March 2011 | 6:53 PM | 0 comments
Danel berdiri dihadapan sebuah syarikat penyiasatan di Kuala Lumpur. Dia kelihatan teragak-agak disitu. Daniel berfikir seketika. Ayahnya sudah berjaya mendapat serba sedikit maklumat mengenai pakciknya. Sudah banyak penyisat yang diupahnya namun semua memberi jawapan yang hampir sama dengan penyisat yang diupah ayahnya. Daniel sendiri bingung. Apakah dia perlu mengupah penyiasat lain untuk mencari pakcik Yusrinya yang telah lama menghilang itu. Ataupun hanya menunggu je perkembangan baru dari penyiasat yang diupah ayahnya. Selangkah kedepan atau kebelakang Daniel masih belum membuat keputusan.

“ Tepi… tepi… tepi… nanti aku terlanggar korang nanti tepi… ”. Kedengaran suara seorang perempuan menjerit. Daniel menghalakan pandangannya pada empunya suara itu. Kelihatan seorang gadis tidak dapat mengawal pergerakkan kasut roda yang dipakainya. Daniel tahu dia perlu mengelak jika tidak dia akan dilanggar perempuan itu. Malang sekali nasibnya apabila kakinya terpelecok dan dia terjatuh menyembah lantai. Daniel cuba bangun belum sempat dia berdiri terasa seperti buah tembikai jatuh menghentam dirinya. Perutnya senak seketika seperti dicucuk sembilu. Perempuan yang hendak dielaknya tadi telah jatuh di atasnya.

“ He..he.. Maaf ye encik tak sengaja. Tak dapat control brek roda ”. Gadis itu cepat-cepat bangun menjauhi Daniel. Daniel pula kelihatan terkejut. Tidak menyangka akan berjumpa dengan gadis itu lagi.

“ Kenapa encik pandang saya macam nampak hantu.? Maafla encik. Saya betul-betul tak sengaja. Saya dah bagi amaran tadi kan. Saya baru je belajar pakai kasut roda ni ”. Gadis itu serba-salah. Pandangan Daniel pada dirinya terasa amat menakutkan.

“ Gadis penipu… ” Hanya itu yang dikatakan Daniel. Gadis itu pula memandang pelik pada Daniel.

“ Err… Apa maksud encik ni ? Bila pula saya tipu encik. Baru hari ni saya nampak muka encik. Saya tahula encik hensem tapi saya pun tak kurang lawa juga kan ”. Terkebil-kebil Daniel memandang gadis itu. Perasan cantik.

“ Jangan nak berlakon la. Macam mana kau boleh sampai sini. Setahu aku tak da flight lain yang ke Kuala Lumpur ni selain flight aku ni ”. Daniel sendiri pelik mana mungkin gadis itu boleh sampai ke Kuala Lumpur secepat ini. Mungkinkah pelanduk dua serupa.

“ Hello… saya dah lama ye tinggal di Kuala Lumpur ni. Dari umur saya satu hari sampai umur saya sekarang ni. Encik ni mengigau kot. Aduhai… Sayang betul muka hensem-hensem macam ni tapi otak tak betul sangat ”. Daniel bengang mendengar kata-kata gadis itu. Dia ingin membalas tapi…

“ Kirana Maisara… ” Daniel dan gadis itu serentak memandang kearah dari datangnya suara itu. Kelihatan seorang perempuan tua sedang berjalan kearah mereka.

“ Ibu…” . Tahulah Daniel bahawa gadis itu anak kepada perempuan tua itu dan namanya Kirana Maisara.

“ Apa kamu buat ni Sara. Kamu ganggu orang lagi ke. Berapa kali ibu kata jangan pakai kasut roda tu kalau tak tahu macam mana nak kawal ”. Perempuan tua itu kemudiannya menghalakan pandangannya pada Daniel.

“ Maafla ye encik. Anak saya ni nakal sikit ”. Perempuan tua itu tersenyum pada Daniel.

“ Err… Makcik boleh saya tanya sikit ? ”. Daniel memandang perempuan tua itu. Perempuan tua itu mengangguk.

“ Makcik memang asal sini ke. Pernah ke makcik dengan anak makcik ni tinggal kat Pulau Pinang ”. Perempuan tua itu kelihatan tersentak sikit.

“ Err… tak pernah encik. Dari Sara kecil sampai sekarang makcik tinggal sini. Tak pernah lagi la makcik tinggal di Pulau Pinang ”. Daniel sememangnya telah tersalah orang. Gadis itu bukan gadis yang sama dengan gadis di airport itu.

“ Panggil saya Daniel cukupla… Tak payah berencik-encik. Makcik nama apa ye ? ”. Daniel berniat ingin tahu.

“ Panggil je makcik Ila. Anak makcik ni namanya Kirana Maisara tapi kamu panggil Sara cukupla ”. Daniel mengangguk sambil tersenyum, Sara hanya mencebikkan bibir padanya.

“ Makcik Ila saya minta diri dulu la ye. Ada kerja nak disiapkan ”. Daniel meminta diri untuk beredar.

“ Nanti kalau Daniel ada masa jemput la kerumah makcik. Rumah makcik tak jauh dari sini. Kamu tanya je orang kat sini nanti mereka tunjuk la pada kamu”.

“ Insyallah makcik. Ni kad saya makcik. Kalau nanti makcik sampai kat Pulau Pinang contact la saya ”. Kad nama yang dihulurkan Daniel diambil dan dilihatnya. Daniel dapat melihat riak wajah makcik Ila yang sedikit berubah itu.

“ Kenapa makcik ? ”. Daniel bertanya.

“ Err… tak ada apa-apa la… Makcik minta diri dulu ye. Assalamualaikum. Sara jom kita balik cepat. Ada kerja nak kena buat di rumah ”. Daniel dapat melihat makcik Ila seperti tergesa-gesa selepas melihat kad namanya. Daniel hanya menjawab salam yang diberi makcik Ila didalam hatinya. Ingin ditanya sebabnya pada makcik Ila tetapi makcik Ila telah pun hilang dari pandangan matanya.

Older Post | Newer Post