Welcome to My Blog. Follow ME ! +

keranamu kirana sofeaku 10
12 March 2011 | 6:49 PM | 1 comments
Kirana mengira-ngira duit yang diperolehi dari Daniel. Kirana tersenyum puas. Padanla muka kau. Hina aku lagi. Tak pasal- pasal kau dapat malu free kat airport tadi. Kirana berkata-kata didalam hatinya. Kirana memandang disekelilingnya. Ramainya orang yang keluar membeli-belah hari ini. Bermacam-macam gelagat manusia yang dapat dilihatnya. Ada yang berjalan dengan satu tangan didalam poket seluar dan sebelah lagi mengorek hidung. Eee… pengotor betul. Ada pula yang berjalan sambil tangan mencabut daun-daun pokok yang berada di situ. Ada yang duduk meninggung sambil menghisap rokok. Kirana mengeleng-gelengkan kepalanya. Padangannya dihalakan pada seorang pakcik yang sedang berusaha untuk melintas jalan. Sekali lagi Kirana mengeleng-gelengkan kepalanya. Ada jejantas yang besar dibina tetapi sengaja nak membahayakan diri dengan melintas jalan raya yang penuh sesak itu. Kirana masih melihat kearah pakcik itu. Pakcik itu kelihatan agak susah untuk menyeberangi jalan dengan barang yang penuh ditangannya. 

“ Pon… ”, kedengaran bunyi amaran dari sebuah kereta. Kirana turut terkejut mendengan bunyi hon kereta tersebut. Kedengaran bunyi tayar kereta yang bergesel dengan permukaan jalan raya kesan dari pada brek secara mengejut.

“ Woi orang tua, kau dah lama hidup ke ? Kalau nak mampus sekalipun jangan mampus depan kereta aku ”. Dengan kasarnya lelaki itu berkata-kata. Orang tua itu terkial-kial untuk bangun. Tapak tangannya terasa perit.

“ Woi lelaki mulut busuk, sesuka hati moyang kau je cakap orang macam tu ye. Kau ingat kau tu bagus sangat ke. Kau jangan nak salahkan pakcik tu. Aku tengok kau pun bawa kereta laju macam formula F1 ”. Lelaki itu tercengang seketika. Tidak menyangka dia akan disembur sebegitu oleh seorang gadis yang tidak dikenalinya.

“ Kau ni sapa ? jangan nak menyebuk. Ini antara aku dengan pakcik yang otak letak kat lutut ni. Kau pergi main jauh-jauh ”. Lelaki itu menolak gadis itu ketepi dan menghampiri pakcik yang dilanggarnya itu. Kirana geram. Dia menarik lengan lelaki itu supaya lelaki itu berhadapan dengannya.

“ Nama aku Kirana Sofea. Pakcik ni ayah aku. Kau nampak semua orang pandang kau. Lelaki biadap tak ada budi bahasa langsung. Kalau pakcik ni salah pun tak boleh ke cakap elok-elok. Kau tak pernah pergi sekolah ke? ”. Kirana dengan beraninya memarahi lelaki itu. Pakcik itu pula tercengang mendengar kata-kata Kirana.

“ Sudahla…, pakcik tak apa-apa pun. Jangan gaduh kat sini. Encik saya minta maaf. Pakcik akui memang salah pakcik lintas jalan tak guna jejantas yang ada tu ”. Pakcik itu cuba meleraikan pergaduhan antara Kirana dan lelaki yang melanggarnya.

“ Hmm…, lain kali kalau kau nak lintas jalan guna jejantas tu. Jangan nak menyusahkan orang. Tua-tua nak mampus pun masih ada hati nak susahkan orang ”. Lelaki itu kemudiannya kembali ke keretanya dan meneruskan perjalanannya yang tergendala tadi. Kirana yang geram cuba untuk memukul lelaki itu kerana baginya lelaki itu terlalu biadap dengan orang tua. Tetapi pakcik itu menghalangnya.

“ Kirana…, sudahla. Biarkan dia. Orang macam tu akan terima juga balasannya”. Mujurla pakcik itu menghalangnya jika tidak dah lama lelaki itu terkena tumbukan paling berbisa Kirana. Kirana membantu pakcik itu membawa barang-barang yang dibawa pakcik itu tadi.

“ Ini kereta pakcik ke ?” Tanya Kirana sebaik sahaja pakcik itu berhenti berjalan pada sebuah kereta mewah.

“ Ye… Kenapa ? ” Soalan Kirana dibalas soalan dari pakcik itu.

“ Err… tak ada apa-apa la. Cuma saya terkejut je. Tak sangka pakcik ni orang kaya sebenarnya ”. Kata Kirana sambil tersengih malu.

“ Tak kaya mana pun Kirana. Lagipun biar kaya hati budi macam kamu ni dari miskin budi macam lelaki tadi tu ”. Pakcik itu kemudiannya mengeluarkan beberapa keping duit not lima puluh ringgit lalu diberi pada Kirana.

“ Eh… Apa ni pakcik ? Saya ikhlas tolong pakcik. Saya minta diri dulu ye pakcik ”. Kirana berniat untuk beredar dari kawasan itu.

“ Pakcik pun ikhlas nak bagi duit ni pada kamu. Ambil duit ni buat belanja ”. Wajah Kirana dipandangnya.

“ Tak pa la pakcik. Nanti bila kita jumpa lagi pakcik belanja saya makan ye. Nama pakcik apa ye ? ”. Kirana tidak sampai hati untuk mengambil duit dari pakcik itu.

“ Baiklah kalau kamu kata macam tu.Tapi kalau kita bertemu lagi, pakcik akan belanja kamu makan. Jangan pula kamu menolak ye. Pakcik nama Yusri. Kamu nak kemana ? Pakcik boleh tolong hantarkan ”. Pelawa pakcik Yusri pada Kirana.

“ Terima kasih ye pakcik Yusri. Saya ada kerja nak buat ni. Nanti kita jumpa lagi. Saya minta diri dulu ye ”. Kirana kemudiannya berlalu pergi. Yusri berasa sayu melihat Kirana. Jika anak kembarnya masih ada di dunia ini mungkinkah mereka sudah sebesar Kirana. Yusri kemudiannya turut beredar dari kawasan itu.

Older Post | Newer Post