Welcome to My Blog. Follow ME ! +

keranamu kirana sofeaku 1
12 March 2011 | 6:07 PM | 0 comments
Dia menanggis lagi dan terus menanggis. Teresak-esak keseorangan tanpa ada yang datang memujuk. Dia mengelap air matanya. Kalung dilehernya diramas perlahan. 

“ Mak….kenapa mak pergi sorang-sorang? Kenapa tak bawa adik sekali…”, dia merintih keseorangan. Kesepian, itulah yang dirasai olehnya semenjak kehilangan ibu tercinta. Hanya kalung itu sahaja yang menjadi tanda kenangan diantara dia dan arwah ibunya. Tiada sekeping gambar pun diberi padanya. Semuanya telah habis dibakar oleh ibu tirinya yang kejam itu. Ayahnya hanya tahu menurut kehendak ibu tirinya itu. Disebabkan sikap pak turut ayahnya itu, dia telah dihantar ke Rumah Tunas Harapan ini. Menjadi anak yatim piatu walaupun masih ada ayah kandung diluar sana. Dia pasrah andai itu takdirnya.

“Woi… kawan semua, tengok budak comot tu. Dia nanggis la… ha ha ha… ”, budak lelaki itu ketawa mengekek melihat budak perempuan yang sedang teresak-esak seorang diri itu.

" Lantak diala… kita main bola lagi baik dari kita kacau si budak comot tu ”, kedengaran seorang lagi budak lelaki bersuara.

“ Ala… leceh la korang ni. Baru aku ingat nak usik budak tu. Boring la tak ada benda nak buat “, masih mahu meneruskan niatnya itu.

“ Kalau kau nak, kau pergi la kacau dia. Aku nak main bola ni. Lagipun tak ada faedahnya kacau budak tu. Nanti tak pasal pasal kena denda lagi. Ah… tak mau la aku. Kawan-kawan sapa nak main bola ikut aku. Sapa nak kena denda ikut mamat jendol tu “, dia terus berlalu meninggalkan sahabatnya yang masih berdiri keseorangan disitu. Akhirnya setelah memikir di antara buruk baiknya mengacau budak perempuan itu, akhirnya dia memilih untuk mengikut kawan-kawannya bermain bola di padang.

“ Awak… “, suara itu mematikan tanggisnya. Dia berpaling.

“ Kenapa duduk sini sorang sorang je ? Jom la main ngan kita. Kita ada blue baby ni “. Budak itu tersenyum padanya sambil menunjukkan patung beruang yang berwarna biru di tangganya itu.

“ Awak sapa? “ sisa air mata masih kelihatan di wajahnya.

“ Nama kita Mustika , awak panggil kita Tika je ye. Cikgu kat sini pun panggil kita Tika. Awak nama apa? nak kita panggil awak apa? petah budak itu berkata-kata.

“ Kirana Sofea… “.

“ Sedap nama awak. Saya panggil Kirana ok tak ?”. Kirana mengangguk dan tersenyum. Tika menghulurkan tangan tanda sebuah persahabatan yang terbina. Kirana membalas huluran tangan Tika. Mereka sama-sama tersenyum.




Selepas 18 tahun…
“ Woi… kau jangan lari. Penipu punya perempuan “, Seketul batu diambilnya dibaling pada perempuan yang berlari bagai dikejar dinasour itu. Sasaran tidak mengena. Dia menghentak kakinya ke tanah. Geram itulah yag dirasakannya. Sedang dia cuba menahan amarahnya itu, perempuan itu secara perlahan-lahan mencapai air yang berbau hanyir ikan itu dan dituangnya ke atas lelaki miang itu. Lelaki itu tersentak. Bau air itu amat meloyakan tekaknya. Dia berpusing. Terkejut.

“ Kirana… siap kau aku kerjakan nanti “. Kirana ketawa terbahak-bahak melihat muka lelaki yang sudah merah padam itu. Kirana dengan tidak membuang masa lagi terus menendang tepat di celah kangkang lelaki itu. Apa lagi meraung la lelaki itu. Kirana tidak membuang masa lagi. Langkah seribu diaturnya sebaik saja melihat lelaki itu cuba menangkapnya. Lariannya seakan-akan atlit kebangsaan Malaysia. Berlari di kawasan pasar memang amat sukar tetapi itu semua tidak dapat menghalang Kirana daripada melarikan dirinya dari lelaki miang itu. Setelah agak yakin lelaki itu tidak mengejarnya , Kirana berhenti belari . Menoleh seketika kebelakang. Dia tersenyum. Sedang Kirana leka melihat-lihat barangan yang dijual di pasar, lengan kirinya dicengkam seseorang. Kirana berpaling. Tuan kedai miang ala keldai itu tersengih padanya.

“ Kali ni, kau tak kan boleh lari lagi. Berani ye kau tipu aku. Ikut aku sekarang. Tahula nasib kau nanti ”. Lelaki itu mengheret Kirana mengikutnya.

“ Tolongla tuan…, saya minta maaf, saya tak da niat nak tipu tuan. Mak saya sakit tenat. Saya perlukan duit nak beli ubat ”. Kirana teresak-esak penuh kepalsuan. Jantungnya berdebar-debar. Bimbang lelaki miang ala keldai itu melakukan sesuatu keatasnya.

“ Emak sakit yer…, he he he. Kau ingat aku nak percaya. Perempuan cantik macam kau ni kalau aku buat simpanan stok aku pun bagus gak ”. Lelaki itu terus mengheret Kirana mengikutya. Orang disekeliling hanya memandang. Tiada siapa pun yang sudi menghulurkan bantuan.

“ Stok ? stok apa pula tuan ? Saya bukan barang la yang tuan nak buat stok simpanan kat rumah tuan tu. Tolongla tuan. Kalau mak saya mati nanti sapa nak masak untuk saya. Tolongla tuan. Saya pulangkan balik duit tuan ni. Ambillah ”. Kirana masih cuba merayu agar dilepaskan. Di dalam kepala, otaknya ligat mencari jalan untuk melepaskan diri.

“ Stok perempuan simpanan aku, ha ha ha… Stok yang ada dah buat aku bosan. Aku nak rasa yang baru lak. Anak dara macam kau la aku cari. Mengikuti selera aku ”. Kata-kata lelaki itu amat menakutkan Kirana.

“ Saya ada AIDS, nanti tuan terjangkit. Lepas la tuan. Saya janji tak buat lagi ”. Kirana merayu lagi.

“ Kau masuk kedai aku, kau curi duit aku, kau ingat aku nak lepaskan kau ke”. Gerun Kirana dengan wajah bengis lelaki itu. Memang salahnya mencuri duit di kedai lelaki itu. Tetapi lelaki itu sendiri yang memberinya duit . Itupun selepas terpedaya dengan Kirana yang berlakon sebagai jurujual ubat kuat tenaga zahir dan batin.

“ Mana ada saya curi. Tuan yang bagi duit pada saya ”. Kirana masih cuba menyelamatkan dirinya.

“ Kau bagi aku serbuk tepung gandum campur garam. Tipu aku kata itu ubat kuat zahir batin. Ambil duit aku sampai dua ratus. Itu kau kata kau tak tipu aku ”. Lelaki itu masih mencengkam lengan kiri Kirana. Kirana menahan kesakitan di lengan kirinya itu. Tiba-tiba matanya terpandang akan deretan ikan-ikan yang dijual disekitar pasar. Otaknya menangkap sesuatu idea yang bernas. Dicapainya seekor ikan tongkol di atas meja tersebut lalu dilibasnya ke kepala lelaki miang itu. Terlepas lengannya dari cengkaman lelaki itu. Sekali lagi dilibasnya ikan itu ke muka lelaki itu pula. Meraung lelaki itu menahan kesakitan. Kirana tidak membuang masa terus melarikan diri menyusuri ruang sempit sekitar pasar itu. Lariannya berakhir apabila dia sampai di penghujung jalan. Jalan mati rupanya. Kirana memusing belakang. Oh tidak. Lelaki itu dan beberapa orang lagi sedang menghala kepadanya. Otaknya ligat bekerja kembali. Memikirkan cara untuk menyelamatkan tuannya. Ting…, matanya memandang tepat pada sekumpulan peminta sedekah yang berada di sekitar jalan itu. Kirana dengan pantas membuka jaketnya. Wajahnya dilumurkan sedikit dengan tanah agar nampak comot sikit. Rambutnya diserabaikan. Dia mengawang-awangkan tangannya di wajah pengemis itu. Buta rupanya. Dia mengambil tempat disebelah perempuan tua yang buta itu. Kirana tersengih. Sebaik saja lelaki-lelaki itu sampai di kawasan tersebut, Kirana berpura-pura sebagai anak pengemis itu. Lelaki-lelaki itu tidak menghiraukan pegemis-pengemis di situ sebaliknya berusaha mencari Kirana.

pada yang baca cerita ni terima kasih banyak banyak....saya akan beri sambungannya pada anda....tapi kini saya dah tukar ye....bukan selendang biru...tapi puterishakila....maaf yer semua......akaun saya selendang biru tak boleh nak log in....

Part 2

“ Ah…, Berjaya juga dia lari. Aku dapat kau Kirana, aku sembelih kau macam kambing ”. Lelaki itu mendengus marah. Kirana telah hilang walaupun Kirana sebenarnya berada berdekatan dengannya.

“ Gulp ”. Kirana menelan air liurnya. Dia telah tersalah memilih orang untuk ditipu kali ini.

“ Macam mana ni. Perempuan tu dah lari. Sapa nak bayar ganti rugi kedai saya tadi. Encik kena bayar juga ”. Kedengaran suara seorang lelaki berkata-kata.

“ Bukan aku yang rosakkan kedai kau. Perempuan sial tu yang buat semua itu. Kau nak minta ganti rugi, kau pergi minta kat dia ”. Dengan sombongnya lelaki yang ditipu Kirana itu berkata-kata.

“ Aku tak peduli aku nak ganti rugi aku tu. Kalau tak aku tak akan sekali kali lepaskan kau. Kau nampak dua orang tu. Lebam biji mata kau mereka kerjakan nanti ”.

“Gulp ”. Lelaki itu pula menelan air liurnya. Melihat kearah dua orang lelaki yang ditunjukkan oleh tuan kedai. Sasa macam Body Builder. Memang boleh deman sebulan kalau kena penumbuk dua orang lelaki itu. Tidak mahu matanya lebam macam mata panda dia bersetuju membayar ganti rugi pada tuan kedai ikan itu. Di dalam hatinya menyimpan seribu dendam pada Kirana. Selesai membayar ganti rugi, mereka semua beredar dari situ. Kirana menarik nafas lega.

“ Woi kau ni sapa ”. Perempuan buta itu bersuara.

“ Er…er…saya tumpang rehat jap makcik ”. Kirana berkira-kira mau beredar dari situ. Perempuan tua itu pantas memegang tangannya.

“ Eh…, apa ni makcik ? sakit la ”. Kirana mcuba menarik tangannya dari genggaman perempuan tua itu.

“ Kau kena bagi aku sepuluh ringgit. Kalau tak, aku jerit panggil lelaki-lelaki tadi ”. Perempuan tua itu memandang Kirana. Kirana tersentak. Perempuan tua itu tidak buta rupanya. Takut dengan ugutan perempuan tua itu, Kirana terpaksa mengeluarkan wang kertas berwarna merah itu lantas dihulurkan pada perempuan tua itu. Perempuan itu tersenggih padanya. Tangan Kirana dilepaskannya sebaik sahaja wang kertas berwarna merah itu bertukar tangan. Kirana tidak menunggu lagi, terus berlalu dari situ menuju ke perhentian bas yang berdekatan.


Sudah sepuluh kali Mustika cuba menghubungi sahabatnya itu. Tetapi hampa. Mustika mengeluh lemah. Sudah hampir satu jam dia menunggu keseorang di situ. Kirana telah berjanji dengannya untuk sama-sama keluar mencari kerja, tetapi hingga ke saat ini Kirana masih belum tiba. Itulah Kirana, seorang gadis yang pandai membuat janji tapi sukar untuk mengotakannya. Akhirnya Mustika mengalah. Mustika menghantar mesej ringkas melalui telefon bimbitnya kepada Kirana. Selesai membuat pembayaran Mustika berlalu dari restoran tersebut. Tiba-tiba dengan secara tidak sengaja seorang lelaki telah melanggar Mustika dan secara spontannya air kopi yang berada di tangan lelaki itu tercurah ke baju yang dipakai Mustika. Mustika menjerit kepanasan. Beberapa orang lelaki disitu mentertawakannya.

“ Er…, minta maaf Cik… saya tak sengaja. Saya…, ”. Belum sempat lelaki itu habis berkata-kata, Mustika dengan garangnya memintas kata-kata lelaki itu.

“ Apa minta maaf. Kau dah mandikan aku dengan air hitam ni. Siap bagi kulit aku rasa perit lagi, Kau nak minta maaf jer. Kau tau tak aku malu. Aku tak peduli aku nak kau bayar ganti rugi. Baju aku ni mahal. Bukan macam baju kau. Aku tak kira aku nak kau bayar ganti rugi ”. Mustika memandang tajam wajah lelaki itu.

“ Ye la… ye la… Saya bayar ganti rugi kat Cik. Tapi boleh saya tahu nama Cik”. Lelaki itu cuba menenangkan keadaan. Malu juga dia dengan orang disekeliling restoran itu.

“ Yang kau nak tahu nama aku apasal. Aku nak ganti rugi. Mana duitnya ”. Mustika menghulurkan tangannya meminta ganti ruginya.

“ Saya Johan, cik…? ”. Huluran tangan Mustika disambut dengan memperkenalkan dirinya. Mustika terkejut.

“ Kau jangan nak ambil kesempatan ya. Nanti aku jerit kata kau raba aku. Cepatla aku nak kena balik ni. Banyak lagi butik aku kat luar sana tu untuk aku gi melawat ”. Mustika berbohong. Butik, ha ha ha. Baju yang dipakai pun dibeli dari pasar malam. Inikan pula ada butik sendiri. Mustika ketawa di dalam hati. Nampaknya ada lagi yang terkena.

“ Boleh saya tahu, dimana butik CIk ”. Lelaki itu masih belum menbayar ganti rugi pada Mustika.

“ O… Kau degil yer. Baik. Kau jangan salahkan aku yer ”. Mustika bersedia untuk melontarkan suaranya namun lelaki itu dengan pantas menutup mulut Mustika dengan tangannya. Mustika tersentak. Mata bertemu mata. Seakan kedengaran melodi lagu cinta yang indah antara mereka berdua. Kedua-duanya seakan-akan terpaku di situ. Sehinggalah suara seseorang mengembalikan mereka ke dunia yang nyata.

“ Korang berdua ni kenapa. Dah jatuh cinta ke. Kau ni sapa ? Kau buat apa dengan kawan aku ni ? ”. Kirana bercekak pinggang sambil mulutnya membebel pada lelaki itu.

“ Tika…, kenapa ni ? Cuba kau cerita kat aku. Apa lelaki fius terbakar ni buat kat kau. Biar aku uli otak dia sampai jadi kuih bom ”. Kirana mengepal -ngepal penumbuknya diadapan lelaki itu.

“ Kau tengok baju mahal aku ni, lelaki ni dah rosakkan. Aku minta ganti rugi tapi dia tak mau bayar ”. Mustika mengenyit matanya pada Kirana. Tahula Kirana yang Mustika mahu kenakan lelaki ini.

“ Woi…, yang kau diam ni kenapa ? Bayar la. Nanti aku ketuk ngan pasu ni baru bengkak mata tu ”. Kirana hairan melihat lelaki itu. Lelaki itu tidak berkata apa-apa sebaliknya merenung dirinya. Kirana geram. Dengan selambanya Kirana memijak kaki lelaki itu. Apa lagi menjerit la lelaki itu kesakitan.

“ Tahu pun sakit. Sekarang aku nak kau bayar ganti rugi kawan aku ni atau kau nak aku pijak kaki kau yang sebelah lagi tu ”. Kirana berlagak seperti samseng. Mustika hanya menunggu ganti ruginya. Bimbang dikerjakan Kirana, lelaki itu mengeluarkan beberapa keping wang lima puluh ringgit lalu dihulurkan pada Mustika. Tanpa mengucapkan terima kasih Kirana dan Mustika terus berlalu meninggalkan lelaki itu yang berada di dalam seribu pertanyaan itu.

Older Post | Newer Post