Welcome to My Blog. Follow ME ! +

♥Cinta Yang Unik♥
14 March 2011 | 2:40 AM | 0 comments



Dahulukala, langit dan
laut saling jatuh cinta.
Mereka saling
menyukai di antara satu
sama lain. Oleh sebab
sangat sukanya laut
terhadap langit, warna
laut sama dengan warna
langit. Oleh sebab
sangat sukanya langit
terhadap laut, warna
langit sama denga warna
laut.
Setiap senja datang, si
laut dengan lembut sekali
membisikkan kata-
kata `Aku Cinta Padamu ’
ke telinga langit. Setiap
kali langit
mendengar bisikan penuh
cinta laut terhadapnya,
langit tidak
menjawab apa-apa ,
hanya tersipu-sipu malu
dengan wajah kemerah-
merahan.
Suatu hari, datanglah
awan. Melihat kecantikan
si langit, awan terus
jatuh hati terhadap langit,
bak cinta pandang
pertama. Tetapi tentu
sahaja langit hanya setia
mencintai laut. Setiap
hari, langit hanya
mahu melihat laut sahaja.
Awan berasa sedih tetapi
ia tidak berputus
asa mencari cara dan
akhirnya mendapat satu
akal. Awan
mengembangkan
dirinya seluas dan sebesar
mungkin serta menyusup
ke tengah-tengah
di antara langit dan laut.
Ia berusaha menghalangi
pandangan langit
dan laut terhadap satu
sama lain.
Laut berasa marah kerana
tidak dapat melihat
langit. Laut
mengeluarkan
gelombangnya bagi
mengusir awan yang
mengganggu
pandangannya. Tetapi
tentu sekali usahanya
tidak berhasil. Lalu
datanglah angin yang
sejak dulu mengetahui
hubungan cinta langit dan
laut. Angin berasakan
perlu membantu langit
dan laut menyingkirkan
awan yang mengganggu
perhubungan mereka
yang sekian lama terjalin.
Dengan tiupan keras dan
kuat, angin meniup awan.
Lantas terpecah-
pecahlah awan menjadi
berselerak ke banyak
bahagian, sehingga ia
tidak berupaya lagi
melihat langit dengan
jelas dan tidak mampu
lagi
untuk mengungkapkan
perasaannya terhadap
langit. Kerana rasa
terseksa menanggung
perasaan cinta yang
menggunung tinggi
terhadap
langit, awan menangis
sedih.
Hingga sekarang, kasih
antara langit dan laut
tidak dapat
dipisahkan. Kita juga
dapat melihat di mana
mereka menjalin kasih.
Setiap kali memandang
ke hujung laut, di mana
ada garisan horizon
yang menemukan langit
dan laut, di situlah
mereka sedang
berpacaran.

Syg yg mgunung,lambak kn lah pd agamamu...
Rindu yg memuncak,timbunkn lah pd keimanan...
Kasih yg melimpah,siramknlah pd ketaqwaan...
Cinta yg membara,semarakkanlah hanya pada-NYA
.....
_mati itu pasti,hidup InsyaAllah_

Older Post | Newer Post