Welcome to My Blog. Follow ME ! +

1001 FALSAFAH YANG PERLU DIUNGKAP PADA SEKUNTUM BUNGA
28 March 2011 | 1:11 AM | 0 comments

Sejambak bunga mawar bukan sekadar untuk menyampaikan mesej 'Aku cinta padamu' atau jambangan Carnation yang memberi erti 'moga cepat sihat'. Bahkan setiap bunga sebenarnya mewakili makna tersendiri. Sebab itulah dikatakan bunga mampu menjadi wakil tanpa bicara yang berkuasa merungkap 1001 falsafah atau rahsia yang cuba disampaikan oleh pengirimnya. 


ERTI ROS 
Bunga ros atau mawar adalah antara bunga yang paling diminati oleh orang ramai apatah lagi orang perempuan. Bunga ros mampu melahirkan pelbagai jenis bahasa cinta. Kalau nak memujuk kekasih, lebih mudah pujukan itu dilakukan bila disertakan bersama walau sekuntum bunga ros. Lebih cepat cair jadinya! Selain bunga ros, bunga lain juga mampu menyampaikan mesej dan makna tersendiri. Jadi sebelum kamu berkunjung ke mana-mana kedai bunga untuk membuat tempahan untuk dijadikan hadiah atau sekadar penyeri rumah kamu, apa kata kamu kenalpasti dulu kuasa yang dimiliki oleh setiap kuntum bunga yang kamu pilih. Pemilihan jenis bunga yang sesuai 
dikatakan mampu mendorong harapan dan kegembiraan dalam diri kamu. 


FALSAFAH KUNTUMAN BUNGA: 

ROS PUTIH 
Cinta sejati dan kekuasaan. 

BUNGA CARNATION 
Bunga ini comel dan boleh didapati dalam beberapa warna seperti merah dan putih. Ia dikatakan mampu membantu menggelakkan perasaan sedih menimpa diri seseorang. 

BUNGA CAMELIA 
Ia dapat 'memanggil' semangat cinta dan kebahagiaan yang berkekalan selamanya. 

BUNGA KEKWA 
Bunga ini melambangkan kekuasaan sebuah perasaan cinta. 

BUNGA DAISI 
Ia mampu meningkatkan daya intuisi seseorang untuk meramalkan sesuatu 
perkara. 

BUNGA IRIS 
Ia melambangkan bahawa seseorang itu yakin dengan perasaan yang sedang dialami itu. 

BUNGA JASMIN 
Ia mendorong ke arah percintaan dan kekayaan. 

BUNGA ORKID 
Ia memberikan semangat berkobar-kobar untuk menjalani hidup. 

ROS MERAH 
Boleh mengungkap pelbagai perasaan cinta. 

BUNGA MATAHARI 
Seseorang itu inginkan dirinya diberikan perhatian dan kehormatan seperti yang sepatutnya. 

BUNGA TULIP 
Ia membawa rasa cinta dan tuah. 

BUNGA IVY 
Ia membawa kepercayaan dan kehormatan pada diri seseorang. 

BUNGA VIOLET 
Ia meningkatkan daya imiginasi seseorang. 

KOD WARNA BUNGA 

Merah: Perasaan yang berkobar-kobar dalam sesuatu perkara yang sedang atau ingin dilakukan. 

Ungu: Apa yang paling penting adalah semangat yang diperlukan untuk 
melakukan apa saja yang diinginkan. 

Kuning: Peluang-peluang yang bakal hidup dalam diri seseorang. 

Putih: Semangat mementingkan kebenaran. 

Merah Jambu: Seorang mungkin sedang cuba mendekati dirimu! 


MAKSUD TERSIRAT 
Cuba kumpulkan beberapa orang teman baik. Ambil beberapa jenis bunga segar dan letakkan ke dalam sebuah bekas (ambil bunganya saja). Setiap orang pejamkan mata dan cuba ambil bunga daripada dalam bekas itu tanpa membuka mata. Ha. lepas dah ambil barulah mata boleh dibuka. Perhatikan kelopak bunga itu. Sekiranya: 

KELOPAK BUNGA ITU TERLERAI: memberi makna bahawa beberapa keinginan akan diperolehi tak lama lagi. 

BUNGA ITU TETAP CANTIK: memberi tanda bahawa tuah akan mendatangi kamu tak lama lagi. Tunggu je la! 

BUNGA ITU ROSAK: memberi tanda bahawa kamu mungkin bakal menghadapi beberapa cabaran dalam hidup. 


Older Post | Newer Post